Monday, June 9, 2008

Ikan Bilis Halal!








Perhatian kepada semua konsumer yang membeli ikan bilis, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan kepastian yang ikan bilis yang di beli adalah halal. Kami telah pergi ke semua kampung nelayan yang memproses bilis, sesetengahnya membela anjing di kawasan jemuran ikan bilis ini. Makanya, apabila ikan bilis itu dimakan dan dipijak oleh anjing tersebut, jatuhnya haramlah bilis itu. Semua pengguna selama ini tidak sedar akan perkara ini, jadi diharap semua dapat memilih bilis tersebut pada kualitinya terlebih dahulu, bukan pada harganya yang murah.




Janganlah mengharapkan makanan yang murah sahaja, tetapi tidak mementingkan kebersihan dan halal bilis tersebut. Renung-renungkanlah.




Jadi, dalam mengatasi masalah ini, kami dalam proses mendapatkan pinjaman daripada SME bank untuk memperluaskan bisnes kami. Kami akan membuat satu produk, ikan bilis yang dibungkus dan di cop halal. Kami akan menjadi pengeluar perintis makanan kering dalam pek, 100% keluaran bumiputera. Selepas ini, para pengguna tidak perlu lagi risau untuk memakan ikan bilis, yang semestinya ikan bilis tempatan dan halal.


Wednesday, June 4, 2008

Tips Membeli Ikan Bilis,

Cara membezakan kualiti ikan bilis?

Ikan bilis yang berkualiti:

1) Mempunyai warna badan yang cerah.
2) Kering, tidak basah atau lembab.
3) Rapuh, mudah dipatahkan apabila dilentur.
4) Tidak berbau busuk.

*Sekiranya ikan bilis anda basah, itu bermakna, anda telah membeli bilis yang tidak berkualiti, biasanya dari siam, di mana bilis tersebut sangat masin dan basah. Mungkin kita hanya mengutamakan harga yang murah, tetapi adakah kita terfikirkan kesan jangka panjang? Adakah anda fikirkan ikan bilis itu bersih, halal dan tidak dicampuri oleh bahan kimia?



Cara menyimpan ikan bilis.

1) Elakkan cahaya matahari scara langsung. Ini akan merosakkan ikan bilis lebih cepat.

2) Seboleh-bolehnya simpan di dalam peti sejuk bersuhu 0 darjah celcius keatas (chiller). Tetapi sebelum itu, pastikan ikan bilis anda di simpan di dalam plastik atau bekas kedap udara.

3) Elakkan menyimpan bilis di tempat yang berbau, kerana ikan bilis mampu menyerap bau persekitaran dan ini dapat dirasai ketika memakannya. Mahukah anda memakan bilis yang berbau bawang, epal ataupun cengkih?

Monday, April 21, 2008

Contact Us

If you have any queries about any of Dried food, just call us:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Makanan Kering, sila hubungi kami,

Jamil Ahmad enterprise.

+6019-2775513
+6019-2785513
+6012-4655884
+6012-6786635

Email: jamil84_ahmad@yahoo.com

osman_zulkifli@yahoo.com

We also supply the best quality of anchovies, salted fish, belacan and Budu. Just give us a call, and we will deal the price. Each week, we can supply at least 5 tonnes of anchovies.

Kami juga membekalkan ikan bilis, ikan masin, belacan dan Budu yang berkualiti. Cuma hubungi kami, dan kami akan berunding dengan harga yang bersesuaian. Setiap minggu, kami dapat bekalkan sehingga 5 tan ikan bilis.

How was Belacan (Prawn Paste) made?

Bagaimana Belacan dibuat.



















1) Separation part, separating the prawn from anchovies, or other small fishes.

Bahagian pengasingan. Udang kecil diasingkan terlebih dahulu.

















2) Small prawn which already separated, crushed by using 'lesung'

Udang kecil yang diasingkan, ditumbuk menggunakan lesung kayu.



































3) After that, the crushed prawns were kept for several days, before crush it again.

Selepas itu, udang yang telah hancur diperam selama beberapa hari sebelum ditumbuk lagi.



4) Finally, after dried it, the Belacan is ready to sell.

Akhirnya, setelah Belacan dikeringkan, belacan sedia untuk dijual.

*As we can see, no additional presevative, chemicals, or colour were added. This is a quality andpure prawn paste, with cheap price.

Seperti yang dilihat, tiada makanan tambahan, bahan kimia, atau pewarna telah ditambah. ini adalah belacan yang benar-benar berkualiti dan asli, dengan harga yang murah.

Friday, April 18, 2008

The Anchovies process

Proses mengering ikan Bilis















1) Boat full off anchovies just arrived from open sea.


Bot nelayan yang dipenuhi ikan bilis baru sahaja tiba di persisiran pantai.

















2) As we can see, the 2 guys still boiling the anchoviesat the stern part.


Seperti yang kita lihat, 2 orang pekerja sedang merebus ikan di bahagian belakang bot.


















3) Some workers, carrying the basket ashore to dry it under the sunshine.



Beberapa orang pekerja sedang mengangkat bakul yang dipenuhi oleh bilis yang telah direbus ke darat, untuk dijemur di bawah cahaya matahari.

















4) An old lady distribute the anchovies on the 'Belat'.


Seorang perempuan tua sedang menaburkan bilis di atas Belat.















5) See, there is a million of anchovies dried here.

Lihat, berjuta-juta bilis sedang dijemur.


















6) After the anchovies dried, they take the anchovies for the final process, separating.


Setelah bilis kering, mereka mengangkatnye untuk proses terakhir, memilih (mengasingkan).

















7) In other part, the women separating the anchovies by type and size.
Di bahagian lain, pekerja mengasingkan bilis mengikut jenis, dan saiz.