Cara membezakan kualiti ikan bilis?
Ikan bilis yang berkualiti:
1) Mempunyai warna badan yang cerah.
2) Kering, tidak basah atau lembab.
3) Rapuh, mudah dipatahkan apabila dilentur.
4) Tidak berbau busuk.
*Sekiranya ikan bilis anda basah, itu bermakna, anda telah membeli bilis yang tidak berkualiti, biasanya dari siam, di mana bilis tersebut sangat masin dan basah. Mungkin kita hanya mengutamakan harga yang murah, tetapi adakah kita terfikirkan kesan jangka panjang? Adakah anda fikirkan ikan bilis itu bersih, halal dan tidak dicampuri oleh bahan kimia?
Cara menyimpan ikan bilis.
1) Elakkan cahaya matahari scara langsung. Ini akan merosakkan ikan bilis lebih cepat.
2) Seboleh-bolehnya simpan di dalam peti sejuk bersuhu 0 darjah celcius keatas (chiller). Tetapi sebelum itu, pastikan ikan bilis anda di simpan di dalam plastik atau bekas kedap udara.
3) Elakkan menyimpan bilis di tempat yang berbau, kerana ikan bilis mampu menyerap bau persekitaran dan ini dapat dirasai ketika memakannya. Mahukah anda memakan bilis yang berbau bawang, epal ataupun cengkih?
Wednesday, June 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment