

Perhatian kepada semua konsumer yang membeli ikan bilis, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan kepastian yang ikan bilis yang di beli adalah halal. Kami telah pergi ke semua kampung nelayan yang memproses bilis, sesetengahnya membela anjing di kawasan jemuran ikan bilis ini. Makanya, apabila ikan bilis itu dimakan dan dipijak oleh anjing tersebut, jatuhnya haramlah bilis itu. Semua pengguna selama ini tidak sedar akan perkara ini, jadi diharap semua dapat memilih bilis tersebut pada kualitinya terlebih dahulu, bukan pada harganya yang murah.
Janganlah mengharapkan makanan yang murah sahaja, tetapi tidak mementingkan kebersihan dan halal bilis tersebut. Renung-renungkanlah.
Jadi, dalam mengatasi masalah ini, kami dalam proses mendapatkan pinjaman daripada SME bank untuk memperluaskan bisnes kami. Kami akan membuat satu produk, ikan bilis yang dibungkus dan di cop halal. Kami akan menjadi pengeluar perintis makanan kering dalam pek, 100% keluaran bumiputera. Selepas ini, para pengguna tidak perlu lagi risau untuk memakan ikan bilis, yang semestinya ikan bilis tempatan dan halal.